RESEPI IKAN SIAKAP STEAM ALA THAI POWER

Tags


Bahan-bahan :
Seekor ikan siakap
2 biji limau nipis
1 batang serai
5 hirisan halia
3 tangkai cili kecik merah
3 tangkai cili kecik hijau
5 ulas bawang putih
1 batang daun ketumbar
Setengah kiub pati ayam
Sos ikan

Cara-cara (untuk ikan)
1.Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badan nya
2.Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan
3.Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir
4.Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.

Cara masak (kuah stim ala Thai) :
1.Cincang bawang putih secara kasar
2.Gorengkan bawang putih yg telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan - kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim
3Padamkan api kuali lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
4.Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
5.Kacau kuah sehingga sebati.

Langkah terakhir :
1.Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
2.Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selema 3 minit.
3.Sedia dihidang.

Credit : Zurina Zulkefli

Resepi Gulai Ayam Kelantan / Nasi Berlauk klate

 


💜Gulai Ayam Kelantan Untuk Nasi Berlauk💜
Bahan bahan:
☑1 ekor ayam
☑ 2 1/2 sudu besar rempah gulai - campur rempah kari Adabi
☑1-2 keping asam keping
☑Garam
☑Gula Melaka
☑Susu cair - Pilihan jika mahu
Bahan kisar:
☑2-3 sudu besar cili kering kisar
☑3 ulas bawang merah
☑1 inci halia
☑2-3 hiris lengkuas
☑1 inci kunyit hidup
Cara cara:
➡Campurkan semua rempah gulai dan bahan kisar dengan ayam hingga rata.
➡Jerang atas dapur dengan sedikit santan cair. Masak guna api kecil.
➡Bila ayam hampir masak, masukkan santan. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
➡Masukkan asam keping, gula Melaka dan garam.
➡Akhir sekali, masukkan santan pekat. Terus masak dengan api perlahan sehingga kuah tiada lagi kelihatan berbuih dan mulai terbit minyak nipis.
➡Kalau terbit minyak tebal, tandanya dah terlebih masak dan ayam dah hilang zat
➡Jika suka, masukkan sedikit susu cair untuk menambah rasa lemak.
➡Bolehlah tutup api dan sedia untuk dinikmati sebagai lauk nasi berlauk atau dicicah dengan roti jala.
➡Untuk memastikan kuah cantik dan menyelerakan, kulit ayam jangan dibuang kesemuanya. Biarkan ada kulit sedikit.
Selamat mencuba!
Kredit Rohani Abdullah

Resepi gulai ikan tongkol / ikan ayo Kelantan

Tags

 


Berjaya jugak masak Gulai ikan tongkol, baru belajar dgn kwn dr Kelantan..
Resepi:
Bahan A:
Sekor ikan tongkol /aye potong2 ikut suka la ketebalan mcm mana uols suka
3 keping asam keping
1 cawan air
Sikit garam
1 potong lengkuas
Bahan B:
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 inci kunyit hidup *
1 inci halia *
2 potong lengkuas *
1 sudu kecik ketumbar biji *
10-15 biji cili kering *
Bahan C:
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 genggam cili padi
Garam & perasa secukupnya
1/4 keping gula nisan (nisse)
Bahan D: optional
1 batang timun potong besar2
4,5 biji lada solok
Cara:
1. Cuci bersih ikan, rebus semua bahan A sampai mendidih dan ikan masak. Sejukkan dan biarkan semalaman bg rasa lebih mesra
2. Esoknya, baru kita masak gulai
3. Kisarkan semua bahan B - yg bertanda * tu. Guna air sikit je ya
4. Panaskan kuali/periuk, masukkan minyak masak dan bahan B yg dikisar tadi. Tumis sampai wangi dan naik bau. Tambah sikit air kalau agak kering
5. Masukkan air rebusan ikan tu, isi ikan jgn masuk dulu, kacau2 kejap air rebusan sampai mendidih, kecikkan api dan masukkan isi ikan, dan bahan2 C yg lain. Biar masak dgn api yg sederhana kecik je sampai mendidih
6. Masukkan timun & lada solok, biar sekejap boleh tutup api
*kalau tanak tumis boleh masuk je semua bahan dlm periuk & masak dgn api perlahan, kacau2 selalu sampai pecah minyak

RESIPI TAUHU BERLAUK MUDAH DAN LAZAT

2 ketul isi ayam
3 keping tauhu petak
4 ketul tauhu telur
3 biji telur
Bawang holland
Carrot
Daun sup
1 kiub ayam
Sebuk lada hitam (optional)
Blend tauhu petak, isi ayam, tauhu telur dan telur.. blend sampai sebati dan semua hancur halus.
Masukkan dalam bekas... Campurkan sekali ngan carrot, bawang Holland dan daun sup yang dicincang halus... Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan 1 ketul kiub ayam.. kalo ada lada sulah, boleh buh...korang kukus dulu.. Nanti telur tu jadi keras skit.. So boleh simpan dalam bekas... Nak makan baru goreng celup telur...
Sambal kicap :
5-10 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
Garam
Perasa - Ajinomoto, kalau suka
Kicap manis
Sedikit jus limau
Cara cara:
Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, jadi bila tumbuk nanti cepat hancur dan sebati. Masukkan gula.. Garam.. Tumbuk lagi.. Pastu keluar masukkan dalam mangkuk... Masukkan Kicap..perahkan limau.
Kredit resipi & foto : harita arash