Gulai Ayam Kelantan Untuk Nasi Berlauk
Bahan bahan:
1 ekor ayam
2 1/2 sudu besar rempah gulai - campur rempah kari Adabi
Garam
Gula Melaka
Susu cair - Pilihan jika mahu
Bahan kisar:
2-3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang merah
1 inci halia
2-3 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
Cara cara:
Campurkan semua rempah gulai dan bahan kisar dengan ayam hingga rata.
Jerang atas dapur dengan sedikit santan cair. Masak guna api kecil.
Bila ayam hampir masak, masukkan santan. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
Masukkan asam keping, gula Melaka dan garam.
Akhir sekali, masukkan santan pekat. Terus masak dengan api perlahan sehingga kuah tiada lagi kelihatan berbuih dan mulai terbit minyak nipis.
Kalau terbit minyak tebal, tandanya dah terlebih masak dan ayam dah hilang zat
Jika suka, masukkan sedikit susu cair untuk menambah rasa lemak.
Bolehlah tutup api dan sedia untuk dinikmati sebagai lauk nasi berlauk atau dicicah dengan roti jala.
Untuk memastikan kuah cantik dan menyelerakan, kulit ayam jangan dibuang kesemuanya. Biarkan ada kulit sedikit.
Selamat mencuba!
Kredit Rohani Abdullah
EmoticonEmoticon