Resepi Ayam Reneh (Kicap)



Bahan-bahan:
* 1/2 ekor ayam
* 6 ulas bawang putih
* 2 – 3 tangkai daun bawang
* 3 inci halia
* 10 tangkai cendawan shitake
* 2 – 3 sudu besar sos tiram
* 3 sudu besar kicap manis
* 1 kuntum bunga lawang
* 1 sudu minyak bijan
* Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Goreng sikit ayam sampai lemak dia cair, dan luaran dia perang. Gunakan minyak sikit sahaja. Bahagian perang tu nanti akan menyedapkan masakan.
2. Kemudian, masukkan bawang putih cincang, halia hiris, bunga lawang dan daun bawang.
3. Letak sos tiram.
4. Letak semangkuk air dan kemudian masukkan kicap manis. Kalau tak nak manis, letak kicap pekat
5. Masukkan Cendawan shitake. Shitake yang dikeringkan rasa dia lebih padu daripada yang segar, ikutlah citarasa nak guna yang mana. Kalau yang kering, jangan lupa rendam dahulu sebelum potong dan masukkan dalam masakan.
6. Tutup! Renehkan selama 20 – 30 minit menggunakan api kecil. Jangan lupa periksa sekali-sekala. Kalau renehan terlalu kering, tambah air.
7. Jika kuah terlalu cair, pekatkan dengan bancuhan tepung jagung. Jika suka kuah likat.
8. Siap. Akhir sekali boleh titiskan sedikit minyak bijan.
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan


EmoticonEmoticon