RESEPI KERABU KAKI AYAM

Bahan-bahannya:
12 ketul kaki ayam - dibersihkan dan dipotong dua dan rebus
kaknoor buang tulang kaki ayam ni supaya senang nak makan.
1 biji bawang besar - dihiris nipis
11 biji cili api - dihiris bulat nipis kaknoor lebihkan cili dan tumbuk
2 biji tomato - dihiris
2 batang serai - dihiris nipis
1 biji limau nipis - diambil jusnya
3 sudu makan sos ikan (nampla)
1 1/2 sudu makan gula
1 pokok daun sup - dihiris halus
1 pokok daun bawang - dihiris halus
kaknoor tambah soon, bunga kantan, garam dan gula sikit.
Cara-caranya:
Masukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga kaki ayam empuk.
Sejatkan kaki ayam.
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Hidangkan.
Kalau baru-baru kita gaulkan memang sedap sangat di ratah ni, tak sedar habis semangkok kerabu, pertama kali kaknoor buat ni memang sedappp sangat, esuk lusa pasti nak cari kaki ayam lagi dan buat macam ni..
.
Kredit : Kak Noor

RESEPI YEE MEE SIZZLING

Tags

(Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.

2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.

3. Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).

4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.

5. Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.

6. Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur.

7. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak.Tutup api dan angkat mee.

Resepi & foto : Nor Azlindawati Salha Baharudin

RESEPI NASI JAGUNG + AYAM MASAK MERAH + JELATAH


BAHAN UNTUK NASI JAGUNG:
.
3 cawan beras
1 cawan isi jagung
1 cawan susu cair
Air secukupnya
1sk garam
.
BAHAN TUMISAN:
.
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
2 helai daun pandan dicarik & disimpul
.
BAHAN KISARAN:
.
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
2 cm halia
.
.
CARA MENYEDIAKAN NASI JAGUNG:
.
1. Basuh bersih beras, toskan air, ketepikan.
2. Tumis bahan tumisan hingga wangi & masuk bahan kisar. Masak hingga wangi & kering.
3. Masukkan susu cair, air secukupnya & garam. Masukkan juga beras & jagung. Sukat air guna jari.
4. Pindahkan periuk dlm rice cooker & masak seperti biasa. Sesekali kacau supaya nasi masak sekata.
5. Bila nasi dah kering masukkan hirisan daun sup & kacau2 guna garfu.
.
.
BAHAN UNTUK AYAM MASAK MERAH:
.
6 ketul ayam
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 batang serai diketuk
2 keping asam keping
Secukup rasa garam, gula & perasa
.
.
BAHAN KISARAN:
.
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
15 tangkai cili kering direbus
.
.
CARA MEMASAK AYAM MASAK MERAH:
.
1. Lumur ayam dgn garam & serbuk kunyit. Goreng separuh garing. Angkat & toskan minyak.
2. Guna minyak gorengan ayam (buang sikit jika byk) tumis bahan kisar. Masukkan serai & asam keping & masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan gula & biarkan gula caramalised br dikacau. (untuk meghasilkan warna kuah yg menarik)
4. Masukkan santan, air, garam & perasa. Kacau sebati. Masukkan ayam & masak hingga kering. Kacau sekali sekala supaya tak hangit.
.
.
BAHAN UNTUK JELATAH:
.
1/2 batang timun
1/2 batang carrot
1 biji cili merah
1/2 labu bawang besar
3 sb gula pasir
1 sk garam halus
4sb cuka
.
.
CARA MENYEDIAKAN JELATAH:
.
1. Satukan semua bahan & sayuran yg dipotong memanjang. Kacau sebati.
.
Kredit resepi : izanizawati Ismail‎

RESEPI TEPUNG GORENG PISANG CRUNCHY

Tags

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred C
1/2 sudu teh serbuk kunyit
4 sudu besar makan air kapur
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar mentega
*Gaul semua bahan sebelum letak air

2 cawan air

1. Gaulkan semua bahan2 dan kacau kecuali air.

2. Kemudian setelah digaul masukkan air. Agak2 jangan terlalu pekat nanti kerak tak cantik bagi cair sedikit.

3. Sesudah digaul dengan air letakkan pisang atau keledek untuk digoreng.

4. Pastikan minyak betul2 panas dan banyak. Kalau nak pisang atau keledek melekat berkerak kat pisang minyak panas tu renjis bancuhan tadi selepas tu baru letak pisang atasnya.

*Jika tak nak pisang goreng dan keledek makan minyak jangan goreng api terlalu perlahan. Nanti minyak meresap ke tepung.

*Kalau untuk makan sendiri tambah kelapa parut atau mesin dalam 3 sudu, jadi tambah berlemak.

*Air kapur kena agak2 jangan terlebih nanti berbuih dan jangan terlalu sikit.

*Kalau telur A separuh je tak boleh banyak sangat telur sebab jika banyak sangat rangupnya takkan tahan sampai 4-5 jam.

Resepi & foto : Normala Kori

RESEPI BUBUR NASI BERLAUK

Tags

Bahan bubur :
2 cawan beras - dikisar
6 cawan air

Bahan kangkung goreng belacan :
1 ikat kangkung - dibersihkan
2-3 ulas bawang putih
Sambal belacan secukupnya
1/2 biji bawang holland
1 biji cili merah
Sedikit air
Garam dan gula dengan secukup rasa

Bahan sampingan :
Kacang tanah - digoreng
Ikan bilis - digoreng
Telur masin - direbus
Bawang goreng
Limau kasturi
Daun bawang
Isi ayam rebus - jika suka

1. Untuk menyediakan bubur, satukan beras dan air. Masak atas dapur gas, apabila bubur makin pekat boleh ditambah air sedikit dan padamkan api bila beras telah kembang dengan sempurna.

2. Untuk kangkung goreng belacan, panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing.

3. Masukkan sambal belacan kemudian tumis lagi sehingga naik bau.

4. Masukkan kangkung dan tambahkan sedikit air.

5. Goreng dengan api yang besar kemudian masukkan bahan perisa seperti garam, gula dan juga perasa tambahan jika suka.

6. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah dan juga bawang holland. Kacau sebati dan biarkan sedikit layu.

7. Siap untuk dihidangkan bersama bubur nasi dan juga bahan2 sampingan yang lain.

Resepi & foto : Mak Su

RESEPI AYAM MERAUNG & SOS


Bahan sos (sukatan bahan ikut citarasa) :
Cili merah besar - cincang kasar
Cili padi hijau - cincang kasar
Bawang putih - cincang kasar
Bawang merah - cincang kasar
Daun ketumbar beserta akar - cincang kasar
Gula kabung secukupnya
Sos ikan
Sedikit beras pulut sangai - tumbuk halus
Sedikit emping cili
Limau nipis secukupnya

1. Satukan bahan2 cincang bersama bahan2 lain, sebatikan.

2. Perah jus limau nipis mengikut selera memasing.

3. Gaul rata dan ketepikan seketika.

Bahan ayam :
2 keping dada ayam
Sedikit kicap pekat
Sos tiram secukup rasa
Sos ikan secukup rasa
Sedikit minyak
Sedikit gula

1. Bersihkan ayam dan perap bersama kicap pekat, sos tiram, sos ikan, sedikit minyak dan gula. Tidak perlu garam kerana telah ada rasa masin dari sos.

2. Perap ayam seketika jika mahu lebih sedap boleh perap lebih lama.

3. Panaskan kuali non stick dan panggang hingga ayam masak.

4. Bila ayam telah masak keluarkan dan hiris ikut selera.

5. Hidangkan bersama sos yang telah disediakan awal tadi.

Resepi & foto : Mas Salleh

RESEPI MIANG PLA PAO & SOS HIJAU THAI PADU

Tags

1 ekor ikan siakap
Tepung bestari (original)

1. Kelar ikan siakap seperti dalam gambar senang nak cubit2 nanti.

2. Perap dengan tepung bestari original 1 jam. Renjiskan minyak sedikit atas bekas dan badan ikan.

3. Masukkan dalam air fryer bakar 2 kali balik2kan depan belakang. Kalau versi biasa terus je goreng dalam kuali dengan minyak (optional).

*Masak ikan pun ada cara tersendiri untuk kurangkan kalori.

*Sepatutnya guna salad yang biasa tu je. Tapi boleh campur2 timun, tomato, daun ketumbar (optional).

*Empunya resepi guna suhun kalau guna bihun pun boleh. Suhun ganti karbo untuk nasi.

Sos hijau Thai :
1 genggam kecil cili padi hijau (tak nak pedas menyengat boleh kurangkan dan gantikan dengan cili besar hijau)
2 batang daun ketumbar
1/2 sudu besar nisse Thai
3-4 sudu besar sos ikan
1 labu bawang putih jeruk
1/2 biji lemon & 1/2 limau nipis (ambil airnya)
Sedikit sahaja air

1. Kisar sampai lumat tuang dalam mangkuk.

2. Kemudian masukkan 2-3 biji bawang putih cincang. Boleh sesuaikan rasanya kalau perlu.

3. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi & foto : Afy Al-Habibi

RESEPI SUP DAGING SIAM POWER

Tags

500-800gm daging
200ml air

Bahan sup :
500ml air
1 1/2 pek perencah sup siam adabi
2 ulas bawang putih - ketuk
1 batang saderi panjang
1 batang akar daun ketumbar - ketuk
4-5 tangkai daun ketumbar
1-2 tangkai daun bawang
2-3 cili padi Thai - ketuk
1/2 bawang holland saiz besar
2 biji tomato - belah 4
1 biji limau nipis (saiz besar)
3 sudu makan sos ikan
Garam, serbuk perasa dan bawang goreng secukupnya

1. Bersihkan daging dan rebus dengan 200ml air selama 35-40 minit menggunakan api kecil dan tutup periuk. Buka sikit sahaja penutup bagi ruang keluar wap.

2. Panaskan minyak masak tumis bawang putih, hirisan bawang holland, cili padi Thai, akar daun ketumbar dan 2/3 bahagian tomato hingga bawang betul2 layu.

3. Kemudian tambah 700ml air (air + air rebusan daging), daging rebus, daun ketumbar, perencah sup siam, sos ikan dan tomato. Besarkan api tutup periuk dan didihkan.

4. Bila sudah mendidih perasakan ikut cita rasa dengan menambah serbuk perasa, garam dan jus limau nipis. Sup ini mempunyai rasa masam, pedas dan beraroma. Pastikan jumlah air juga tidak lebih atau kurang dari jumlah yang diberikan.

5. Sup daging siam siap dimasak. Taburkan bawang goreng dengan secukupnya.

Resepi & foto : Ben Safwan

RESEPI AYAM MASAK KICAP BERHANTU


1/2 ekor ayam (garam kunyitkan goreng dulu)

2 biji kentang (goreng dulu)
Bahan tumbuk :
1 biji bawang merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 biji buah keras
Bahan hiris :
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 hiris halia
Bahan lain :
1 batang serai (ketuk)
4 sekawan
2 pelepah daun kari
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar perencah sup
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu sos tiram
kicap manis/masin ikut kesesuaian
Kicap manis abc
Garam / gula
Bahan hiasan :
Bawang besar potong bulat
Cili hijau/merah
Daun bawang
Tumis bahan hiris dulu, masukkan serai, masuk bahan tumbuk, 4 sekawan, daun kari, cili kisar, perencah sup & serbuk kari tumis sampai naik minyak. Masukkan 1 sudu gula. Letak air sikit kalo terlalu kering.. Dah pecah minyak masuk sos tiram, kicap abc & kicap manis/masin. Kalo pekat sangat tambah air. Masuk ayam & kentang.. Gaul2 masuk bahan hiasan.
Resepi & foto : Ida Zairi

RESEPI RENDANG AYAM PEDAS PERAK PASTI LAZAT




~Resepi Rendang Ayam Pedas Perak~

Bahan-Bahan ➡️

1) 1 ekor ayam (tak kisah nak potong berapa)

2) 15 biji bawang merah (di racik halus)

3) 13 biji bawang kecil (di racik halus)

4) 5 biji bawang putih (di racik halus)

5) 12g kunyit hidup (di blender)

6) 80g halia tua (di racik halus)

7) 33g lengkuas (di blender)

😎 4 helai daun limau purut (racik halus)

9) 8 batang serai (racik halus)

10) Gula melaka secukup rasa

11) 4 sudu besar cili boh (bergantung tahap kepedasan yg di inginkan)

12) 2 helai daun kunyit (di racik halus)

13) 1kg santan

14) 90g kerisik

15) Garam secukup rasa



Cara-Caranya ➡️

1) Masukan ayam yg telah di cuci bersih ke dalam kuali.

2) Masukan semua sekali bahan yg di racik halus iaitu bawang merah, bawang kecil, bawang putih, halia & serai yg di racik halus-halus. Masukan juga bahan yg di blender iaitu cili boh, lengkuas & kunyit hidup. Dan masukan ke semua santan. Masak dalam api yg sederhana sahaja. Gaulkan selalu untuk mengelakan hangit. Tutupkan kuali dgn penutup sesekali bukakan penutup dan gaul-gaulkan yaa.

3) Apabila kuah sudah mula nampak macam nak kering, perlahan kan api guna api yg paling slow yaa dan masukan gula melaka, garam secukup rasa, daun limau purut yg di racik halus & kerisik tunggu lagi dlm 30 minit - 40 minit. Selalunya proses nak buat rendang ini makan masa 2jam - 3jam bergantung kepada portion yg kita masak. Kalau nk bg berkuah sedikit jgn masak sampai kering sangat okee 😊.

4) Akhir sekali masuk daun kunyit yang di racik halus. Gaul-gaulkan sebati. Dan boleh di tutupkan api. Rendang ini mampu bertahan 3-4 hari juga bergantung cara memasak. Kalau nak panaskan semula just tambah sedikit air, jgn guna minyak masak.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat :')

NOTA : Rendang yg bahanya di blender & di racik halus akan memberi kelainan dari segi taste / rasanya. Rendang ini juga tidak perlu menumis.

Kredit : Faidhatul Arfah Ahmad 

Resepi Nasi Goreng Bodoh Cara Saya Yang Makan Memang Menambah Bila Makan....



🍚🍽️🌶️🧄🥬🥚🦑

Maaf puan tuan,makcik pakcik, kakak abang adik
tumpang lalu semua..ramai pula Yang minatak Cara saya goreng nasi...ini Cara saya👇👇👇

❤️1 paket perencah adabi
❤️Nasi putih= (ikut kuantiti perencah=dekat Belakang perencah adabi Tu,ade sukatan nasi bila Nak masak nasi goreng nih...bila ikot sukatan Tu,tak Kan menyesal...memang sedap menambah dibuatnya
❤️Minyak untuk memasak
❤️Bawang putih
❤️Bawang merah
❤️Cili merah/cili padi(jika suka pedas)
❤️Cili hijau(jika suka)
❤️Cili kisar sikit je(jika suka sebagai tambah)
❤️Sayur sawi
❤️Taugeh,kacang panjang(jika suka)
❤️Cendawan(jika suka)
❤️Telur
❤️Ikan bilis
❤️Sotong
❤️Serbuk lada hitam sikit
❤️SOS ikan
❤️Garam(Kalo Rasa tak cukup masin)

Caranya :

1.minyak untuk memasak

2.Goreng ikan bilis sehingga masak Dan ketepikan dulu

3.telur goreng pecah kat minyak yg Sama Dan angkat (ketepikan dahulu)

4.masak sotong Dan udang sampai masak (ketepikan dulu)Kalau Nak letak waktu Tumis bawang Pon boleh.

5.kalau minyak kurang,tambahkan sedikit minyak untuk menumis bahan2 nih👇👇👇

6.tumis bawang putih sehingga kekuningan

7.masokan bawang merah masak sehingga kekuningan

8.masokkan cili hijau,cili merah Dan cili kisar (jika anda suka pedas)Dan masak sehingga pecah minyak

9.masukkan perencah nasi goreng adabi diikuti dengan udang,sotong,cendawan,sayur2.

10.masukkan nasi putih ,ikan bilis Dan telur yg digoreng pecah td,Dan Gaul sebati

11.jika nasi kering(letakkan SOS ikan dalam 2 sudu besar...sambil2 Gaul,sambil2 Rasa...masak smpai nasi Tu berasap....Baru Rasa sedap Dan sehari

P/s =YANG NK SEDAP BETUL2 ,IKUT SUKATAN NASI DIBELAKANG PERENCAH,😊😊😊😊nasi nih bila2 masak Dan makan Pon memang sedap

Kredit : nurul ateekah