3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air
1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
3. Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
5. Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
6. Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur.
7. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak.Tutup api dan angkat mee.
Resepi & foto : Nor Azlindawati Salha Baharudin
EmoticonEmoticon