200ml air
Bahan sup :
500ml air
1 1/2 pek perencah sup siam adabi
2 ulas bawang putih - ketuk
1 batang saderi panjang
1 batang akar daun ketumbar - ketuk
4-5 tangkai daun ketumbar
1-2 tangkai daun bawang
2-3 cili padi Thai - ketuk
1/2 bawang holland saiz besar
2 biji tomato - belah 4
1 biji limau nipis (saiz besar)
3 sudu makan sos ikan
Garam, serbuk perasa dan bawang goreng secukupnya
1. Bersihkan daging dan rebus dengan 200ml air selama 35-40 minit menggunakan api kecil dan tutup periuk. Buka sikit sahaja penutup bagi ruang keluar wap.
2. Panaskan minyak masak tumis bawang putih, hirisan bawang holland, cili padi Thai, akar daun ketumbar dan 2/3 bahagian tomato hingga bawang betul2 layu.
3. Kemudian tambah 700ml air (air + air rebusan daging), daging rebus, daun ketumbar, perencah sup siam, sos ikan dan tomato. Besarkan api tutup periuk dan didihkan.
4. Bila sudah mendidih perasakan ikut cita rasa dengan menambah serbuk perasa, garam dan jus limau nipis. Sup ini mempunyai rasa masam, pedas dan beraroma. Pastikan jumlah air juga tidak lebih atau kurang dari jumlah yang diberikan.
5. Sup daging siam siap dimasak. Taburkan bawang goreng dengan secukupnya.
Resepi & foto : Ben Safwan
EmoticonEmoticon