Untuk 20 orang makan
Nasi Tomato :
- 8 cawan beras basmathi direndam 30 minit
- 9 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 1 biji bwg merah besar saiz sederhana dicincang
- 6 ulas bwg putih dicincang
- 2 inci halia dititik
- 4 sudu besar sos tomato
- 1/2 tin tomato puree
- 1 kiub ayam
- 1 biji tomato di potong dadu
- 1 batang serai dititik
- 4 sekawan kayu manis/ bunga lawang/ bunga cengkih/ buah pelaga
- Minyak sapi/ butter/ majerin untuk menumis
- Daun pandan/ ketumbar
- Kismis
- Garam dan gula
Cara masak nasi :
Tumiskan 4 sekawan, serai, halia, daun pandan hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih.. Bawang dah kekuningan masukan sos tomato, tomato puree, kiub ayam dan tomato yg dah dipotong dadu.
Bila semua dah sebati boleh la masukkan beras dan kacau @goreng selama 5 minit lebih kurang.
Pindahkan beras tadi ke periuk nasi. Kemudian masukkan air, susu, garam, gula, kismis dah 2 tangkai daun ketumbar.
Bila periuk nasi dah kee warm terus tutup suis. Ini bertujuan untuk mengelakkan nasi hangit @berkerakdi bawah. Biarkan selama 5 - 10 minit baru la bukak tudung periuk dah boleh kacau nasi pakai garpu @copstik utk elakkan nasi patah.
Ayam Masak Merah :
- 1 1/2 ekor ayam (sy masak 23 ketul hr tu)
- 2 biji bwg besar (dikisar)
- 7 ulas bwg putih (dikisar)
- 2 inci halia (dikisar)
- 2 batang serai (dikisar)
- 1 1/2 cawan cili kisar (lebih kurang)
- Sos cili
- Soa tomato
- Gula melaka
- Gula, garam
- Tomato
- 1 biji bwg besar utk hiasan
- 4 sekawan
- Minyak untuk menumis
Cara memasak
Gorengkan ayam.
Tumiskan bwg merah, putih, serai dan halia kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga semua bahan masak dan naik minyak. Masukkan sos tomato dan kacau. Masukkan gula melaka, garam dan gula.
Masukkan ayam dah kacau dalam 10 minit lebih kurang. Biar ayam tu mesra.
Last taburkan bawang dan tomato. Siap!!!
Kami tak letak susu ya dalam masak merah ni sebab tak suka dan ayam akan cepat basi..ini resepi mak mentua kami
Kalau nak buat sikit kecikkan portion.
Hampa try naaa..letih taip resepi panjang berjela ni
Kredit: Latipah Karim
EmoticonEmoticon