( anggaran 7-8 org makan)
**Bahan-bahan:**
* 1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
* 1 sudu besar minyak sapi
* 5 sudu besar marjerin planta ( atau apa2 marjerin pun boleh)
* 3/4 tin susu cair
* 1 biji bawang besar, dimayang halus
* 3 ulas bawang merah*
* 5 ulas bawang putih*
* 2 inci halia*(*dikisar halus)
* 1 batang kayu manis
* 3 kuntum bunga lawang
* 5 kuntum bunga cengkih
* 3 biji buah pelaga
* 3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
* Segenggam daun ketumbar ( optional)
* Segenggam bawang goreng
* 1/2 cawan gajus
* 1/2 cawan kismis
* Secubit safron direndam dalam sedikit air panas (kalau takde boleh guna pewarna kuning biasa)
* 2 kiub ayam maggi
* Garam secukup rasa
* 2 s/b rempah beriani - bancuh dgn sedikit air
* Air mengikut sukatan beras basmathi yg anda guna - biasanya air kena lebih sikit kalau saya masak.. Lebih kurang sukatannya 1:1.5
**Cara-cara:**
1. Panaskan minyak sapi & planta dalam kuali...
2. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dgn daun pandan dan bahan2 kisar bersama rempah beriani tadi...Tumis hingga wangi...
3. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang...
4. Masukkan kismis..Kacau rata...
5. Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair...Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa)...Biarkan mendidih...
6. Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa..Masak hingga nasi kering...
7. Dengan menggunakan btg sudu buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron @ pewarna kuning.. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng...
8. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak...
9. Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus safron @ pewarna kuning..Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2... Seelok2nya gunakan chop stick atau garfu..
10. Boleh laa dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti kari daging,dalca,ayam masak merah, pajeri nenas,pencuk nenas,acar timun atau acar buah dan kurma ayam @ daging atau mengikut selera masing2....
________________________________________________
**Daging Masak Kandar**
**Bahan-bahan:**
* 1 kilo daging
* 20 ulas bwg kecil( dihiris)
**Bahan yg perlu dibasuh dan direndam sampai kembang:-**
* 1 sudu besar jintan putih
* 1 sudu besar jintan manis
* 1 btg kulit kayu manis
* 4 kuntum bunga lawang
* 7 buah pelaga
* 10 kuntum bunga cengkih
* 15 tangkai cili kering-direbus
* 2 labu bawang besar
* 1/2 labu bawang putih
* 2in halia (kesemua ini diblender bersama bhn yg direndam diatas)
*******bahan-bahan yang rendam tu, nanti airnya tu blend sekali...jangan buang airnya..
* 1cwn sos tomato
* 1cwn kicap pekat
* 2 sudu besar kerisik
* 4-5 tangkai daun kari
* gula, garam, kiub ayam/ daging
**Cara-cara:**
1. Tumis bwg hiris dan daun kari hingga kekuningan
2. masukkan bhn2 blender tumis hingga garing masukkan daging, kecilkn api biarkn sehingga air daging hampir kering dan hampir lembut masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.
3. Kalau suka boleh ditambah bwg besar yg dipotong bulat masukkan diakhir sekali.
Kalau gunakan ayam, goreng dahulu tapi jgn terlalu garing.
4. gula tu lebih sedap jika gunakan gula melaka asli kalau kurang manis baru tambah gula putih..
Kredit Sumber : adnil sam
EmoticonEmoticon