RESEPI AYAM PAPRIK KAMPUNG ALA THAI


Bahan-bahan:

* 500 gram isi ayam
* 2 sudu besar cili kisar
* 3 ulas bawang putih – diketuk hancur
* 1 inci halia – hiris nipis
* 1/2 biji bawang holand
* 3 biji cili padi – diketuk
* 1 biji cili merah dan hijau
* 1 batang serai – dititik
* 5 helai daun limau purut
* Sedikit bunga kubis
* 1 batang lobak merah

Bahan sos:

* 3 sudu besar sos cili
* 1 sudu besar pes tomyam
* 2 sudu besar sos tiram
* 1 sudu besar sos ikan
(Satukan sos dalam bekas)

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Masuk bawang putih, halia dan serai.

2. Masuk 2 sudu besar cili kisar. Kacau sampai cili masak sedikit.

3. Masuk isi ayam. Kacau-kacau hingga ayam separuh masak.

4. Masukkan sos-sos yang sudah disatukan tadi

5. Masukkan daun limau purut yang dibuang tengahnya. Kacau bagi mesra dan tunggu sehingga pecah minyak.

6. Dah boleh masuk bunga kubis dan lobak merah. Kalau ada kacang panjang dan putik jagung lagi sedap.

7. Masukkan sedikit air dalam bekas sos tadi, kocak dan tuang dalam kuali.

8. Masukkan cili merah dan hijau bagi meriah.

9. Letak gula dan garam sebagai penambah rasa

10. Bawang holand jangan dilupa. Kacau dan kacau sekejap saja. Dan siap! Boleh dihidang dengan nasi panas

Credit : Liza Idris


EmoticonEmoticon