Bahan-bahannya :
*3 cawan tepung gandum
*1 cawan serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonate
*1 sudu teh garam
2 cawan gula halus (boleh kurangkan sikit ikut citarasa)
2 cawan susu segar
2 biji telur ayam gred A
1 cawan minyak masak atau minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
Bahan hiasan
Chocolate Chips & Badam Cincang secukupnya.
Cara membuatnya :
1. Ayak bahan bertanda * dalam satu bekas besar. Gaul rata.
2. Masukkan semua bahan basah ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata menggunakan whisk. Kalau nak guna mixer atau blender pun boleh. Tapi kacau dengan whisk pun dah cukup.
Gaul rata hingga tiada tepung bergumpal. Bila adunan dah rata, boleh masukkan sedikit chocolate chips jika mahu. Taknak pun takpe. Gaul lagi.
3. Tuangkan adunan kira-kira 3/4 dalam paper cup. Taburkan chocolate chips dan badam cincang di atas muffins.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 10 minit lebih awal. Suhu anggaran 170-180c selama 20 minit. Siap! *Muffins ini lebih sedap dan moist jika dimakan keesokan harinya.
Sebaiknya buat lebih awal. Muffins ini memang kegemaran anak-anak terutama yang sukakan coklat. Buatnya mudah, dapatnya banyak. Selamat bermuffins!
kredit: zuraita mohd anua
EmoticonEmoticon