Bahan-bahan:
500 g butter
40 g gula halus/aising
40 g serbuk ais blend vanilla(sy xde jd guna susu mamadil vanilla)
1 sb ovalette
250 g cream cheese
100 g kaya
100 g spread biscoff
350 g susu pekat
10 biji telur gred A
320 g tepung hong kong(sy gna tepung gandum)
100 g tepung susu
biskut biscoff secukupnya(keping dan hancur)
pewarna dan emulco coklat
Cara-cara:
1. Pukul mentega, gula, serbuk ais blend vanilla dan ovalette dgn kelajuan tinggi hingga putih dan gebu
2. Masukkan cream cheese.pukul hingga kembang dan sebati
3. Masukkan kaya dan spread biscoff.putar sebati.kemudian masukkan susu pekat dan pukul sebati
4. Masukkan telur satu persatu.pukul hingga kembang dan sebati
5. Perlahankan mixer dan masukkan tepung yang dah diayak sedikit demi sedikit.matikan mixer dan kaub balik bagi sebati.
6. Timbang adunan.bahagikan adunan kepada dua.
bahagian 1:letak emulco coklat.bahagian ini untuk lapisan bawah dan atas.
bahagian 2:nak wrna asal ataupon letak sedikit sahaja wrna coklat sekadar bagi wrna light coklat
7. Ratakan selapis adunan emulco coklat dan hentak loyang beberapa kali.bakar sekitar 7minit atau sehingga lapisan masak dalam oven yg dh dipanaskan suhu 170 api atas bawah.untuk lapisan seterusnya guna api atas shja.ulang langkah ini untuk mendapat 2lapisan bawah coklat
8. Setelah lapisan bawah coklat siap,ratakan lapisan kedua.taburkan biscoff crumble dan bakar sekitar 7minit atau sehingga masak api atas sahaja.ulang langkah ini sehingga adunan bahagian 2 habis.
9. Ulang langkah 7 untuk lapisan atas adunan coklat.untuk lapisan yang terakhir susun biskut biscoff dan bakar shingga masak.cucuk lidi atau cake tester untuk memastikan kek masak.
10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong.selamat mencuba
Kredit: Bonda UmEm
EmoticonEmoticon