Resepi kerabu maggi memang kecur air bila dengar je nama kerabu maggi, kerang, mangga. Biasa jika di kelantan menjadi hidangan di bulan ramadan terutama selepas terawih untuk makan ringgan - ringgan sambil menonton televisyen.
Bahan-bahan:
3 bungkus Maggie Thai/Siam
1 biji buah tomato-hiris
1/2 labu bawang besar- guna bawang besar Holland
Sejengkal batang celery
Segenggam daun ketumbar
1 biji cili merah besar
1 sudu sos ikan-jika suka
1 sudu air asam limau-jika suka
2 peket rempah maggie siam - (yang ada dalam peket maggie tu, 1 lagi tak dipakai).
Bahan Lauk:
Sotong, Udang, Fish cake, Crab stick, Fish ball
Cara-caranya:
1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera.
2. Masukkan 1 peket rempah mee segera. Tunggu hingga menggelegak.
3. Masukkan seafood. Seafood dahulu diikuti dengan fish cake(Sebentar sahaja, rebus secara berasingan)
4. Keluarkan seafood.
5. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera.
6. Dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan JANGAN DIBUANG!
Selamat mencuba!
Credit : Cik Wan Kitchen
EmoticonEmoticon