- 1 pot beras basmati ekstra panjang
- 1 sudu besar marjerin atau minyak sapi
- 1 sudu kecil rempah sup baba's
- 1/3 kecil serbuk kari
- Secubit serbuk kunyit
- 2 helai daun salam
*Untuk edisi baru empunya resepi tak masukkan 3 sekawan dan serai
1. Basuh beras dan masak nasi seperti biasa.
2. Selepas nasi mengering masukkan setitik 2 air bancuhan pewarna oren di atas bahagian nasi beberapa tempat.
3. Taburkan setengah genggam kismis. Gaul nasi perlahan2 untuk elakkan bijinya patah.
Gulai kari telur :
1. Basuh beras dan masak nasi seperti biasa.
2. Selepas nasi mengering masukkan setitik 2 air bancuhan pewarna oren di atas bahagian nasi beberapa tempat.
3. Taburkan setengah genggam kismis. Gaul nasi perlahan2 untuk elakkan bijinya patah.
Gulai kari telur :
Untuk 5-6 biji telur ayam yang sudah direbus
- *3 biji bawang merah
- *1 ulas bawang putih
- *Sehiris nipis lengkuas
- *Sehiris halia
- *2 hiris nipis serai
- *Secubit ketumbar
- *Secubit jintan manis
- Rempah 3 sekawan
- 1/3 sudu besar cili kering kisar
- 2 sudu besar rempah kari
- 1 cawan air asam jawa (secubit asam jawa + secawan air kosong)
- 1/2 sudu besar gula melaka atau 1/2 keping manisan kelantan
- Secubit 2 garam
- 1 1/2 sudip santan kotak
- 1/2 sudu kecil kerisik
1. Kisar semua bahan bertanda * di atas. Kemudian panaskan sedikit minyak tumis terlebih dahulu 3 sekawan hingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar tadi.
2. Setelah garing masukkan cili kering kisar kacau kemudian masukkan rempah kari.
*Untuk kelainan rasa tambahkan secubit 2 rempah kerutuk
3. Tumis sehingga garing menggunakan api perlahan seterusnya masukkan pula air asam jawa.
4. Masukkan perasa peringkat pertama iaitu gula melaka atau manisan kelantan dan garam kacau sebati.
5. Tutup periuk seketika biarkan pes mendidih perlahan hingga pecah minyak kemudian masukkan santan kotak.
6. Tambahkan 1 cawan air dan perasa garam gula peringkat kedua. Kuantiti terpulang kepada kepekatan dan selera yang diingini.
*Akhir sekali masukkan kerisik untuk menyedapkan lagi rasa gula.
7. Kemudian masukkan telur ayam yang sudah dikupas kulitnya. Balik2kan perlahan tutup api selepas rasa sebati.
Kambing grill honey :
- 3 keping daging kambing - dibersihkan
- 2 sudu besar honey BBQ
- 2 sudu besar sos lada hitam
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar gabungan kisaran :
- *Ketumbar
- *Lada hitam
- *Jintan manis
1. Campurkan semua bahan diatas kemudian perap daging kambing dengan bahan perapan ini selama 15 minit. Bakar sehingga masak.
2. Bakar atas pan selama 10-13 minit sahaja. Perlahankan api. Boleh tutup pan tersebut. Balik2kan.
3. Selepas kuah perapan mula mengering tuang lagi sedikit sos lada hitam atas daging tersebut ratakan atas bawah.
4. Cukup 10-13 minit tutup api dan kambing grill honey sedia untuk diangkat. Tak sedap masak lama2 nanti daging liat.
Resepi & foto : Afy AL Habibi
EmoticonEmoticon