RESEPI AYAM MERAUNG & SOS


Bahan sos (sukatan bahan ikut citarasa) :
Cili merah besar - cincang kasar
Cili padi hijau - cincang kasar
Bawang putih - cincang kasar
Bawang merah - cincang kasar
Daun ketumbar beserta akar - cincang kasar
Gula kabung secukupnya
Sos ikan
Sedikit beras pulut sangai - tumbuk halus
Sedikit emping cili
Limau nipis secukupnya

1. Satukan bahan2 cincang bersama bahan2 lain, sebatikan.

2. Perah jus limau nipis mengikut selera memasing.

3. Gaul rata dan ketepikan seketika.

Bahan ayam :
2 keping dada ayam
Sedikit kicap pekat
Sos tiram secukup rasa
Sos ikan secukup rasa
Sedikit minyak
Sedikit gula

1. Bersihkan ayam dan perap bersama kicap pekat, sos tiram, sos ikan, sedikit minyak dan gula. Tidak perlu garam kerana telah ada rasa masin dari sos.

2. Perap ayam seketika jika mahu lebih sedap boleh perap lebih lama.

3. Panaskan kuali non stick dan panggang hingga ayam masak.

4. Bila ayam telah masak keluarkan dan hiris ikut selera.

5. Hidangkan bersama sos yang telah disediakan awal tadi.

Resepi & foto : Mas Salleh


EmoticonEmoticon