Resepi Daging Masak Lada Hitam Tok Nah Tersedap

Tags

 


Bahan - Bahan :

- 500++ gram daging
Kentang 2 biji yg di potong bulat, dilumur garam kunyit dan digoreng
10 ulas bawang putih*
2 sudu makan lada hitam biji*
2 sudu makan jintan manis biji*
Halia sebesar dan sepanjang ibu jari*
Kicap lemak manis 2 sudu besar*
Sos tiram 2 sudu besar*
Gula perang 1½ sudu makan paras²* (if gula putih 1 sudu paras dah ok)
Kiub ayam separuh (tak nak pun tak apa ganti garam sikit)*
Cuka 1 sudu kecil
Minyak secukupnya

Bahan hiasan yg dimasukkan 2-3 minit sebelum tutup api
Bawang besar 1, cili merah 1, tomato 1 dipotong 4, daun bawang dan daun sup

Cara - Cara :

Blend bahan yg bertanda *
Perap daging yg dipotong nipis dgn bahan yg diblend selama 20min
Masak daging yg diperap bersama sedikit air sehingga daging empuk dan kuah agak pekat (if - belum empuk tambah air. Kalau guna noxxa hp 25, kemudian stir fry sampai kuah agak pekat)
- Bila kuah agak pekat, masukkan minyak yg diguna utk goreng kentang tadi dalam 1 senduk
Masukkan kentang yg digoreng dan bahan² hiasan yg disenaraikan di atas, masukkan cuka dan adjust rasa mana² yg belum cukup, sila tambah.

Sumber : Maggie Mohamed


EmoticonEmoticon