Resepi Kuey Teow Kungfu Sedap

Tags


Bahan2 untuk goreng Kueyteow:

- 3 senduk minyak masak
3 biji telur
1/2 sudu kecil white pepper
Secubit garam
1 paket kueyteow dibahagikan kepada 3 bahagian. (Cuci untuk buang minyak & toskan)

Cara2:

1. Dalam mangkuk pecahkan telur, masukkan white peper & garam. Pukul rata.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kueytiau dalam mangkuk berisi telur tadi & terus goreng macam goreng telur dadar. Goreng untuk sepinggan ye. So kena goreng 3x untuk 3 orang makan.

Bahan2 untuk kuah kueyteow:

3 biji bawang putih diketuk
1 bahagian fillet ayam
10 ekor udang & sotong
1 batang carrot dihiris nipis-nipis
4 biji anak jagung (baby corn)
2 pokok sayur kailan
1/2 sudu white pepper
3 sudu sos tiram
sedikit garam
1/2 kiub ayam
2 -3 sudu tepung jagung dibancuh dengan air

Cara2:

1-Panaskan 2 sudu makan minyak masak.

2-Masukkan bawang putih kacau hingga keperangan & masukkan isi ayam berserta sos tiram dan hingga ayam masak.

3-Masukkan air, carrot ,anak jagung dan batang kailan. Dah menggelegak masukkan udang, sotong, kiub ayam. Perisakan dengan whitepepper & garam secukupnya.

4-Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Agak2 byk mana kuah korang nak. Fungsi tepung jagung untuk memekatkan kuah. Sesuaikan rasa. Boleh tambah extra white pepper & sos tiram jika suka.

Bila dh siap, curahkan kuah ke dlm pinggan berisi kueytiau goreng tadi & enak dimakan panas2.


EmoticonEmoticon