RESEPI TEPUNG GORENG PISANG CRUNCHY

Tags


2 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred C
1/2 sudu teh serbuk kunyit
4 sudu besar makan air kapur
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar mentega
*Gaul semua bahan sebelum letak air

2 cawan air

1. Gaulkan semua bahan2 dan kacau kecuali air.

2. Kemudian setelah digaul masukkan air. Agak2 jangan terlalu pekat nanti kerak tak cantik bagi cair sedikit.

3. Sesudah digaul dengan air letakkan pisang atau keledek untuk digoreng.

4. Pastikan minyak betul2 panas dan banyak. Kalau nak pisang atau keledek melekat berkerak kat pisang minyak panas tu renjis bancuhan tadi selepas tu baru letak pisang atasnya.

*Jika tak nak pisang goreng dan keledek makan minyak jangan goreng api terlalu perlahan. Nanti minyak meresap ke tepung.

*Kalau untuk makan sendiri tambah kelapa parut atau mesin dalam 3 sudu, jadi tambah berlemak.

*Air kapur kena agak2 jangan terlebih nanti berbuih dan jangan terlalu sikit.

*Kalau telur A separuh je tak boleh banyak sangat telur sebab jika banyak sangat rangupnya takkan tahan sampai 4-5 jam.

Resepi & foto : Normala Kori


EmoticonEmoticon