Resepi Ikan Siakap Kengsom Tersedap

Tags


Cara Membuat Resepi Ikan Siakap Kengsom :

- 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
1/2 biji nenas kecil
1/2 ikat kangkung
2 batang serai sederhana diketuk
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
1-1.2 liter air

Bahan Kisar Kengsom :

2 tangkai cili merah besar
8 tangkai cili padi – nak pedas masukkan lagi
1 biji bawang merah besar saiz bola pingpong
6 ulas bawang putih kecil
1/2 inci belacan
1 inci kunyit hidup

Cara Buat Resepi Ikan Siakap Kengsom :

#1: Kisar semua bahan kisar dengan air cukup sehingga halus dan lumat
Masukkan semua bahan kisar, serai dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak sehingga mengelegak. Tambahkan nenas dan biarkan air nenas turun sebelum dimasukkan ikan siakap takut ikan hancur.

Masak 5 hingga 8 minit sahaja ikan siakap bergantung pada saiz.Jangan masak lama nanti isi ikan hancur. Perasakan dengan garam dan gula ikut tekak anda masing - masing.

#2: Tutup api selepas semua menjadi sedap, barulah masukkan kangkung supaya tidak terlebih masuk dan perahkan asam limau nipis ikut tahap masam tekak anda suka.

Dah siap dah resepi ikan siakap kengsom ini. Tak rugi untuk anda cuba kan tambah - tambah dah nak puasa, boleh cuba untuk buat juadah berbuka mesti bertambah - tambah nasi nih. Selamat mencuba.

Credit : Blog Dari Dapur


EmoticonEmoticon