RESEPI NASI AYAM PENYET PEDAS BERAPI TAPI LAZAT !


Resepi Sambal Penyet Pedas Berapi

150 gram cili merah siam(segenggam setengah lebih kurang)
50 gram cili padi hijau
3 biji cili merah besar
3 biji tomato belah 4
5 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar belah 6(sy tambah)
Sebesar ibu jari belacan nak 2
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula merah cap bintang
Bahan perasa(sy buh aji 1 sudu teh)
1/2 cawan air asam jawa pekat
1 cawan minyak masak untuk menggoreng

Cara2:
Panaskan minyam..goreng semua bahan2 hingga layu.. Toskan..
Kisar kasar semua bahan..
Panaskan minyak masak tadi.. Masukkan bahan kisar..
Masak sekejap dalam 5 minit macam tu..sesuaikan rasa dan tutup api..
🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓

"AYAM PENYET"
Bahan2nya:
1 ekor ayam potong 4 bahagian
3 batang serai diketuk
1 pcs kiub pati ayam(hancurkan)
1 sudu teh garam

Bahan2 B (kisar halus):
7 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
5 biji buah keras
2 inci lengkuas
1/2 cawan air
(lumur pada ayam semua bahan kisar... Kemudian perap ayam 1 jam)

Selepas 2 jam...
Masukkan ayam dan semua bahan perap ke dalam periuk..masukkan serai dan daun salam..kiub dan garam dan sedikit air.. Sy letak 1/2 cawan camtu.. Buka api sederhana dan rebus hingga masak(15 minit-20 minit camtu) Toskan ayam.. Airnya jangan buang..simpan untuk buat kremesan rangup..
Panaskan minyak..pastikan ayam tenggelam dalam minyak..dah panas gorengkan ayam..dah siap bolehlah toskan..
🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓

"SUP SIMPLE"(yang ni sy tambah)

Resipinya
2 liter air
2 kiub pati ayam
1 biji bawang besar hiris
3 ulas bawang putih hiris
Sedikit halia hiris
1 sudu teh garam
5 biji cili padi potong bulat
Daun sup hiris
1 senduk minyak masak

Caranya
Panaskan minyak.. Tumis bawang besar, bawang putih, halia..dah layu masukkan air, pati ayam, garam..
Biarkan mendidih ganas dan tutup api..
Tabur daun sup dan cili potong..
🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓🐓

"KREMES RANGUP"

4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 biji kuning telur
3 1/2 cawan air rebusan(tak cukup tambahlah air)

(Bahan perasa tak perlu ye sbb air rebusan ayam tadi dah cukup rasa semua..)

Caranya
Satukan semua bahan.. Kacau sebati..
Adunan ni sangat cair.. Jangan tambah apa2 dah yer..

- Panaskan minyak dalam kuali (minyak banyak) bekas gorengan ayam tadi.. Bila minyak dah panas curahkan 1 senduk (senduk kuah ) adunan..boleh juga renjis2kan dalam minyak..Tak perlu kacau sehinggalah adunan 3/4 garing baru di kacau supaya garingnya sekata.. Bila dah sekata garing & berwarna keperangan bolehlah diangkat.. Letak dalam penapis gorengan terlebih dahulu supaya minyaknya betul2 tos.. Seterusnya teruskan menggoreng kremes hingga adunan habis..

- Jangan susah hati pulak masa2 mula angkat ianya kelihatan lembut sbb bila dah semakin sejuk kremes ni akan jadi semakin garing & sangat rangup kruk krak.. Hehehe..

- bila dah sejuk boleh laa ramas2kan dan taburkan diatas ayam goreng tadi setelah ayam dipenyetkan..😊

Bahan2 pelengkap menu:
Nasi putih
Terung bakar/goreng
Tempe goreng
Tauhu goreng
Salad
Timun
Tomato

Credit : Mariana Zainal 


EmoticonEmoticon