Anggaran Hidangan: 6 pax
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
1 kg daging salai
15 biji belimbing buluh
4 batang serai dititik
Semangkuk santan segar
3 keping asam gelugor
Bahan-bahan kisar :
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
1 inci belacan
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
Cara-cara:
Masukkan semua bahan kisar dalam periuk. Kemudian masukkan daging salai dan reneh sebentar sambil kacau.
Tuangkan santan dalam periuk bersama serai dan asam keping.
Sentiasa kacau.
Tambah garam dan serbuk perasa jika suka.
Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak dengan api perlahan sehingga belimbing lembut.
Siap!
Selamat mencuba
EmoticonEmoticon