RESEPI MIANG PLA PAO & SOS HIJAU THAI PADU

Tags


1 ekor ikan siakap
Tepung bestari (original)

1. Kelar ikan siakap seperti dalam gambar senang nak cubit2 nanti.

2. Perap dengan tepung bestari original 1 jam. Renjiskan minyak sedikit atas bekas dan badan ikan.

3. Masukkan dalam air fryer bakar 2 kali balik2kan depan belakang. Kalau versi biasa terus je goreng dalam kuali dengan minyak (optional).

*Masak ikan pun ada cara tersendiri untuk kurangkan kalori.

*Sepatutnya guna salad yang biasa tu je. Tapi boleh campur2 timun, tomato, daun ketumbar (optional).

*Empunya resepi guna suhun kalau guna bihun pun boleh. Suhun ganti karbo untuk nasi.

Sos hijau Thai :
1 genggam kecil cili padi hijau (tak nak pedas menyengat boleh kurangkan dan gantikan dengan cili besar hijau)
2 batang daun ketumbar
1/2 sudu besar nisse Thai
3-4 sudu besar sos ikan
1 labu bawang putih jeruk
1/2 biji lemon & 1/2 limau nipis (ambil airnya)
Sedikit sahaja air

1. Kisar sampai lumat tuang dalam mangkuk.

2. Kemudian masukkan 2-3 biji bawang putih cincang. Boleh sesuaikan rasanya kalau perlu.

3. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi & foto : Afy Al-Habibi


EmoticonEmoticon