Bahan-bahan:
- 3 cawan makaroni
- 1 periuk air
- 2 sudu besar minyak masak (untuk rebus makaroni)
- 1 sudu besar garam (untuk rebus makaroni
- 1/2 biji bawang besar (di mayang)
- 4 ulas bawang putih (di cincang atau potong dadu)
- 1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
- 1 mangkuk isi ayam kisar (brand Ramly)
- 1/3 batang lobak merah (di hiris dadu kasar)
- 1/4 biji capsicum hijau (di potong dadu kasar)
- 1 sudu besar cili boh
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap pedas MAHSURI
- 1 senduk minyak masak
Cara-cara:
1. Panaskan air dalam periuk dan masukkan makaroni, garam dan minyak. Masak hingga makaroni betul betul kembang. Kemudian angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan kacau hingga masak. Kemudian masukkan serbuk kari ayam, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap pedas. Kacau lagi hingga sebati. Masukkan sedikit air rebusan makaroni.
4. Masukkan lobak merah, capsicum dan makaroni tadi. Kacau hingga semua bahan rata dan sebati. Perasakan dengan garam jika perlu. Saya tak letak sebab sos tiram dah masin.
5. Tadaaa! Dah siap makaroni goreng kari yang sedap dan tak muak. Lagi pedas lagi sedap. SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Nor Zahida Aini
EmoticonEmoticon